Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Lapangan Terbang Hong Kong kembali operasi

  • Published in Berita Dunia

HONG KONG - Operasi di Lapangan Terbang Hong Kong disambung semula awal pagi tadi selepas ditutup akibat protes di lokasi berkenaan.

Jurucakap lapangan terbang mengesahkan pihaknya telah menyambung kembali proses daftar masuk penumpang.

Paparan maklumat pada skrin di lapangan terbang turut menunjukkan beberapa penerbangan dijadual akan berlepas.

Bagaimanapun lebih 200 penerbangan terpaksa dibatalkan berikutan perubahan jadual selepas ia tergendala ketika ditutup semasa protes.

Ia disahkan syarikat penerbangan Cathay Pacific menerusi pengumuman di laman sesawangnya.

Menurut jurucakap penerbangan Singapore Airlines, 810 penumpang termasuk seorang bayi terjejas akibat penutupan sementara operasi lapangan terbang semalam.