Monday, August 26, 2019
updated 5:18 AM UTC, Aug 26, 2019

80 pelarian Sudan diselamatkan di perairan Mediteranean

  • Published in Berita Dunia

MEDITERANEAN - 80 orang pelarian warga Sudan yang terkandas sepuluh hari di dalam bot di perairan Mediteranean berjaya diselamatkan kumpulan hak asasi The Ocean Viking dari Itali.

Mereka antara 160 pelarian yang diselamatkan setelah gagal mendapat simpati untuk berlabuh dari mana-mana negara Eropah sepanjang perairan tersebut.

Terdahulu, kumpulan hak asasi Ocean Viking telah membantu 80 pelarian warga Sudan untuk ditempatkan sementara di pelabuhan Malta.

Misi itu dibantu kumpulan badan bukan kerajaan seperti SOS Mediterranean dan Doktor Without Border dari Perancis.

Kesemua pelarian warga Sudan, Senegal dan Ivory Cost itu dibawa ke Lampedusa, sebuah kepulauan di selatan Itali.

Negara Kesatuan Eropah setakat ini tidak mahu menerima pelarian kecuali Itali yang terpaksa menghulur bantuan dengan kerjasama NGO pelbagai negara.