Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Gempa bumi di Bali : Dua gempa bumi berlaku dalam tempoh kurang sejam

  • Published in Berita Dunia

 


BALI, INDONESIA - Bali sekali lagi digegarkan dengan insiden gempa bumi. Dalam kejadian terbaharu 5.50 pagi tadi, pulau pelancongan itu dilanda gempa sekuat 4.9 magnitud.

Pusat gempa terjadi 181 kilometer dari Barat Daya Jembrana. Selang 43 minit selepas itu, Bali sekali bergegar dengan gempa kedua berpusat di lokasi sama.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Banyuwangi, Kuta, Jimbaran, Nusa Dua dan Denpasar.

Pihak berkuasa Indonesia bagaimanapun mengesahkan gempa bumi itu tidak menyebakan ancaman tsunami.

Pulau terbabit dilanda bencana sama bulan lalu.