Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

32 penduduk maut di China dibadai taufan Lekima

  • Published in Berita Dunia

 


ZHEJIANG, CHINA - 32 kematian dicatatkan akibat Taufan Lekima yang membadai bandar Wenling di timur China sehingga semalam.

Pihak berkuasa republik itu giat menjalankan operasi pencarian berikutan laporan terdapat ramai lagi penduduk hilang dipercayai akibat tanah runtuh.

Sabtu lalu, angin berkelajuan 190 kilometer sejam melanda bandar Wenling dan turut menyebabkan ombak kuat di perairan bandar itu.

Setakat ini, 18 kematian yang berlaku disebabkan kejadian tanah runtuh di Wenzhou sementara 14 lagi penduduk yang maut pihak berkuasa tidak mengeluarkan punca kematian secara rasmi.

Hampir sejuta penduduk di bahagian timur China telah dipindahkan termasuk 110 ribu orang berada di pusat penempatan sementara.

Kerugian sebanyak 2.2 bilion dolar amerika dianggarkan akibat taufan Lekima.