Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Singapura rampas 815 ekor burung yang cuba diseludup di dalam bas

  • Published in Berita Dunia

 

WOODLANDS, SINGAPURA - 815 ekor burung yang cuba diseludup ke Singapura menerusi sebuah bas yang berdaftar di negara ini dihidu pihak berkuasa republik itu.

Kes dikesan di Pusat Pemeriksaan Woodlands apabila pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengesan tanda-tanda pengubahsuaian pada bahagian tayar belakang bas itu.

Sementara itu, turut ditahan pemandu bas rakyat Malaysia, berumur 35 tahun

Menerusi kenyataan mereka turut curiga apabila terdengar bunyi kicauan burung dari dalam bas berkenaan.

Selepas pemeriksaan rapi, 15 bekas yang mengandungi 815 burung disorokkan di ruang yang diubahsuai di bahagian atas tayar belakang bas.

Bagaimanapun hanya kira-kira 600 ekor burung itu didapati hidup

Menurut undang-undang Singapura mengimport haiwan tanpa permit adalah satu kesalahan dibawah Akta Haiwan dan Burung, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum 10,000 dolar Singapura dan/atau penjara sehingga setahun.

Manakala individu yang didapati bersalah mengakibatkan kesakitan atau penderaan kepada haiwan, boleh didenda sehingga 15,000 dolar Singapura dan/atau dipenjara sehingga 18 bulan jika sabit kesalahan.