Monday, August 26, 2019
updated 4:59 AM UTC, Aug 26, 2019

Polis Riau tahan 26 orang terlibat pembakaran hutan

  • Published in Berita Dunia

RIAU - Seramai 26 individu terlibat pembakaran tanah dan hutan ditahan Polis Riau.

Kes dilaporkan berlaku dari Januari hingga Ogos.

Ketua perhubungan Awam Polis, Senior Commisioner Pol Sunarto menjelaskan, kesemua yang ditahan merupakan pelaku secara individu dan tidak melibatkan mana-mana syarikat mahupun perusahaan.

Mereka ditahan dari beberapa daerah termasuk Dumai, Pekanbaru, Bengkalis, Indragiri Hulu, Indragiri Hilir, Rokan Hilir, Kepulauan Meranti, Kampar, Pelalawan dan Kuantan Singingi.

Manakala, sebelas lagi kes melibatkan pembakaran seluas 210,655 hektar tanah masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihatkan agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas dan kering melanda wilayah Riau.

Pembakaran tanah dan kebakaran hutan di Riau menyebabkan jerebu melanda di beberapa kawasan.