Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 1:48 PM UTC, Apr 22, 2018

Reuters Menang Hadiah Pulitzers Bagi Laporan Dan Fotografi Tentang Rohingya

  • Published in Berita Dunia
Foto - Reuters

NEW YORK - Agensi berita antarabangsa, Reuters memenangi Hadiah Pulitzer bagi laporan dan gambar antarabangsa semalam.

Pulitzer, anugerah paling berprestij dalam kewartawanan Amerika, mengiktiraf Reuters dalam laporan antarabangsa kerana mendedahkan cara skuad pembunuhan polis dalam kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte di Filipina, dan gambar krisis pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh.

Ia adalah kali pertama Reuters menang dua hadiah dalam setahun.

Kakitangan fotografi Reuters diberi penghormatan bagi menunjukkan  imej keganasan ditanggung oleh Rohingya, satu minoriti Islam, melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

Akhbar The New York Times dan Washington Post pula berkongsi penghargaan kerana mendedahkan gangguan seksual di Amerika Syarikat dan memperincikan pembabitan Russia pada pilihan raya presiden 2016.

((REUTERS))