Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

Arkitek terkemuka Argentina, Cesar Pelli menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 92 tahun

  • Published in Berita Dunia

Arkitek terkemuka Argentina yang bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk menara berkembar Petronas-KLCC, Cesar Pelli menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 92 tahun semalam.

Berita kematian beliau telah dimaklumkan keluarganya dan turut mendapat ucapan takziah daripada Presiden Argentina, Mauricio Macri.

Tambah Macri segala sumbangannya terhadap seni bina bukan sahaja untuk Argentina malah dunia amat membanggakan.

Pelli juga merupakan dekan bagi Fakulti Seni Bina di Yale University bermula 1977 sehingga 1984.

Kejayaan terbesarnya adalah pembinaan menara KLCC setinggi 452 meter yang siap pada 1998 dan merupakan tertinggi di dunia ketika itu.

Pun begitu; KLCC kini merupakan satu-satunya 'menara berkembar' tertinggi di dunia