Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Venezuela Kritik Serangan Di Syria

  • Published in Berita Dunia
Foto - Reuters

CARACAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengkritik tindakan kerajaan Amerika Syarikat melancarkan serangan udara di Syria.

Ketika berucap pada kempen, Maduro menyifatkan serangan berkenaan adalah tindakan jenayah amerika terhadap rakyat Syria.

Kerajaan Venezuela sebelum ini dalam satu kenyataan, mengecam serangan itu dan menyatakannya sebagai tindakan unilateral yang melanggar kedaulatan syria serta 'norma undang-undang antarabangsa'.

Venezuela mengekalkan hubungan rapat dengan kerajaan Assad.

((AP/REUTERS))