Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Yaman Dakwa Iran Lancar Serangan Guna Drone

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

YAMAN - Yaman menuduh Iran membekalkan pemberontak Huthi dengan drone yang digunakan untuk melancarkan serangan terhadap Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan, Sana'a yakin drone yang digunakan itu diperbuat daripada Iran.

Tentera Yaman katanya, tidak memiliki pesawat sedemikian dan agak mustahil untuk mengeluarkannya sendiri.

Rabu lalu, Riyadh mendakwa telah menembak jatuh dua drone di selatan negara itu dan memintas lima peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kubu kuat pemberontak di Yaman.

((AFP))