AS Beri Amaran Terhadap Kententeraan Assad
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Berita Dunia

NEW YORK - Amerika Syarikat memberi amaran Washington bersiap siaga untuk melancarkan lebih banyak serangan ketenteraan ke Syria, jika tentera Presiden Bashar al-Assad, melakukan serangan baharu senjata kimia di negara itu.
Ini dinyatakan Duta Besar Amerika, Nikki Haley dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB.
Menurutnya, Amerika yakin serangan peluru berpandu bersama sekutunya, Perancis dan Britain itu akan melumpuhkan program senjata kimia Syria.
((AFP))