Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

Britain Sokong Tindakan AS

  • Published in Berita Dunia
Foto - EPA

LONDON - Perdana Menteri Britain, Theresa May menyifatkan serangan udara yang dilakukan terhadap Syria sebagai mesej jelas penentangan terhadap penggunaan senjata kimia di negara bergolak itu.

Tindakan kolektif tersebut katanya memberi isyarat nyata masyarakat dunia tidak boleh berkompromi dengan penggunaan senjata itu.

Sebanyak 105 peluru berpandu dilancarkan Amerika Syarikat dan sekutunya dengan Washington melancarkan 85 peluru berpandu, Perancis (12) dan Britain (8).

((AFP))