Sunday, April 22, 2018
vital-top
updated 2:12 PM UTC, Apr 22, 2018

AS Umum Misi Di Syria Berjaya

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan misi ketenteraan di Syria sebagai berjaya.

Ia susulan serangan peluru berpandu yang dilancarkan terhadap Kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Trump turut memberi amaran Washington tidak teragak-agak untuk melancarkan lebih banyak serangan jika Damsyik terus menggunakan senjata kimia.

Serangan pada awal pagi Sabtu oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis itu menyasar tiga lokasi di Damsyik dan Homs yang disyaki menghasil dan menyimpan stok senjata kimia Syria.

((AFP))