Monday, August 26, 2019
updated 3:38 AM UTC, Aug 26, 2019

Rakyat Puerto Rico desak gabenor San Juan letak jawatan

  • Published in Berita Dunia

SAN JUAN - Ribuan rakyat Puerto Rico turun ke jalan raya menuntut gabenor San Juan supaya meletak jawatan.

Penduduk di Puerto Rico turun ke jalan raya bagi mendesak gabenornya Ricardo Rossello meletakkan jawatan susulan dakwaan rasuah yang dihadapinya.

Rakyat bertindak mengadakan perhimpunan di ibu negara San Juan sambil melaungkan “Ricky, renuncia!” yang bermaksud “Ricky undur!” mendesak Rossello untuk meletakkan jawatan, yang mana beliau enggan berbuat demikian.

Selebriti tempatan seperti penyanyi rap, Benito Martinez, Ricky Martin dan Rene Perez juga menyeru rakyat negara itu untuk turun berdemonstrasi.

Pihak polis terpaksa menembak gas pemedih mata ke atas orang ramai selepeas berlaku kebakaran berhampiran bangunan ibu pejabat kerajaan.

Lima penunjuk perasaan ditahan.

Tunjuk perasaan itu tercetus selepas Pusat Kewartawanan Penyiasatan pada hari Sabtu mengeluarkan 889 muka surat teks perbualan dalam aplikasi Telegram di mana Rossello dan 12 anggota pentadbiran lelaki lain mengkritik pegawai, ahli politik dan wartawan.