Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

15 maut, 50 cedera bas mini bawa pendatang asing terbabas

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

VAN - Sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban manakala 50 lagi cedera selepas sebuah bas mini membawa pendatang asing terbabas di timur negara itu.

Antara yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak namun status kerakyatan mereka tidak diketahui.

Bas itu didapati membawa pendatang asing yang memasuki Turki secara haram.

Agensi berita swasta, DHA melaporkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan namun tiada butiran terperinci tentang punca nahas tersebut.

Kejadian itu berlaku di wilayah Van berhampiran sempadan Iran.