Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

33 maut studio animasi terkenal Jepun terbakar

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

KYOTO - Sekurang-kurangnya 33 orang maut dan 40 orang cedera dalam satu kebakaran ke atas sebuah studio animasi terkenal di Kyoto, Jepun.

Kebakaran tersebut dipercayai angkara seorang lelaki yang mencetuskan suasana huru-hara dengan menyembur cecair ke dalam bangunan itu.

Polis juga menemukan beberapa bilah pisau dalam bangunan itu.

Saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan dan nampak asap hitam naik dari bangunan studio itu.

Anggota kecemasan mengeluarkan mayat dari tingkat bawah, satu dan dua bangunan yang menempatkan Kyoto Animation.

Beberapa mayat juga ditemukan di atas tangga menuju ke bumbung bangunan.

Jabatan bomba berkata, sekitar 70 orang dikatakan berada dalam bangunan itu ketika kebakaran berlaku.

Kyoto Animation memulakan operasinya pada tahun 1981 dan terkenal di seluruh dunia.

Antara animasi yang dihasilkan oleh syarikat itu ialah "K-On" dan "The Melancholy of Haruhi Suzumiya."

Jika perbuatan membakar itu disahkan, ia menjadi angkara jenayah paling besar dalam beberapa tahun ini di Jepun dengan kejadian jenayah itu adalah jarang berlaku.