Monday, August 26, 2019
updated 3:04 AM UTC, Aug 26, 2019

Menteri Perancis letak jawatan dituduh berbelanja besar

  • Published in Berita Dunia

PERANCIS - Kerajaan Perancis berkata, perletakan jawatan Menteri Ekologi, Francois de Rugy merupakan pilihan peribadi beliau dan tidak mahu isu melibatkannya mengganggu fokus sebagai menteri kabinet.

Keputusan beliau diterima baik dan dipuji kerana menggambarkan pendirian De Rugy yang berdepan tuduhan menggunakan wang rakyat bagi menikmati makan malam mewah bersama isterinya.

Menurut jurucakap kerajaan, Sibeth Ndiaye, bekas Menteri Ekologi itu menghubungi Perdana Menteri pada pagi Selasa memaklumkan hasrat meletak jawatan.

Satu portal berita minggu lalu mendakwa, De Rugy menggunakan wang pembayar cukai untuk menikmati makan malam mewah ketika menjadi Speaker Parlimen.

Gambar mereka menikmati makan malam udang kara dan wain mahal, serta satu lagi makan malam sempena Hari Kekasih pada pada 2017 dan 2018, disiarkan portal berkenaan

Beliau sudah memulakan proses perundangan dan aduan fitnah terhadap portal berkenaan bagi memulihkan reputasinya.