Monday, August 26, 2019
updated 2:34 AM UTC, Aug 26, 2019

India terpaksa tangguh pelancaran misi ke bulan gara-gara kebocoran bahan bakar pada enjin roket Chandrayaan-Two

  • Published in Berita Dunia

NEW DELHI - Luar negara;

India terpaksa menangguhkan pelancaran misi ke bulan gara-gara kebocoran bahan bakar pada enjin roket Chandrayaan-Two.

Insiden berlaku kurang sejam sebelum roket tersebut dijadualkan berlepas.Kira detik dihentikan 56 minit 24 saat, sebelum pelepasan.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) dalam kenyataan rasminya memaklumkan, berlaku masalah teknikal dan sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi menyiasat punca kejadian.

Namun, belum ada tarikh pelancaran baharu diumumkan.

India berhasrat menjadi negara keempat selepas Rusia, Amerika Syarikat dan China mendaratkan kapal angkasa di permukaan bulan.

((AFP))