Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Pasangan pelancong dari Australia mengalami masalah kesihatan selepas memakan juadah tradisional, Phad Thai

  • Published in Berita Dunia

 

THAILAND - Siasatan dilancarkan pihak berkuasa Thailand, selepas pasangan pelancong dari Australia mengadu mengalami masalah kesihatan selepas memakan juadah tradisional, Phad Thai.

Stacey Barnes dan Ryan Prigg dari Perth mendakwa jatuh sakit, selepas menikmati Pad Thai ketika melancong ke Phuket dua tahun lalu.

Selepas menjalani rawatan, doktor menemukan parasit dalam perut mereka yang dikaitkan dengan Pad Thai.

Mereka jatuh sakit selama setahun sebelum menemukan punca penyakit tersebut.

Ketua Pejabat Kesihatan Awam Phuket, Dr Thanit Sermkaew mengesahkan, pihaknya sudah mendapatkan sampel daripada gerai dikunjungi pasangan Australia itu.

Gaya masakan Phad Thai yang memerlukan suhu tinggi sepatutnya mampu membunuh parasit.

Namun, ujian makmal akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar penyakit.