Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

CSO di minta beri cadangan menambah baik bantuan ke Gaza

  • Published in Berita Dunia

Foto FB Ahmad Sani Araby

 

KUALA LUMPUR - Semua pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan dalam penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza dijemput untuk mengemukakan cadangan bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah ini dapat memberikan input kepada kerajaan mengenai cara terbaik menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyat Palestin.

Beliau menjelaskan demikian selepas mengucapkan selamat jalan kepada delegasi ke Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA.

Seramai 8 orang sukarelawan diketuai oleh ketua pegawai eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby, akan menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak itu sehingga 19 Julai ini.

Sementara itu, Dr Ahmad Sani berkata semasa berada di Gaza, MAPIM akan merasmikan pusat kebudayaan Malaysia dan pusat kajian pendidikan untuk masyarakat di sana.

Beliau bersyukur kerana akhirnya dapat memasuki Gaza selepas banyak percubaan gagal memasuki zon konflik itu sepanjang 6 tahun ini.