Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Dua sahabat maut terjatuh dari ketinggian 40 kaki di Costa Blanca

  • Published in Berita Dunia

COSTA BLANCA - Percutian yang sepatutnya menjadi kenangan indah dan menyeronokan tiga sekawan dari Britain bertukar tragedi menyayat hati selepas dua daripada mereka terbunuh selepas terjatuh dari ketinggian 40 kaki di Pantai Costa Blanca, Sepanyol.

Laporan dari pegawal pantai menjelaskan, kejadian berlaku ketika Daniel Vivian Mee, 25, dan Jayden Dolman, 20, sedang mengambil gambar bersama pada pukul 7.30 malam di Pantai Costa Blanca berdekatan bandar Torrevieja.

Dan seorang lagi rakan mereka yang mengambil gambar dilaporkan selamat.

Daniel dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas jatuh di atas pondok pengawal pantai.

Sementara, Jayden yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia selepas sehari diberi rawatan di Hospital Alicante

Dalam pada itu, pihak konsulat British telah dimaklumkan mengenai insiden ini.

Pihak polis masih belum mengeluarkan laporan rasmi terperinci kerana siasatan ke tas laporan awal menyebut mereka jatuh dari ketinggian 40 kaki masih dijalankan.

Ini tragedi kedua berlaku di pantai ini selepas insiden sama berlaku kurang tiga hari lalu apabila Luke Freeman 19 tahun dari Reading, Britain cedera parah terjatuh dari apartment resort Costa Brava di Lloret De Mar.