Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Indonesia terancam musim kemarau hingga September nanti

  • Published in Berita Dunia

 

JAKARTA - Pihak bandaraya Jakarta sudah bersedia untuk menghadapi detik musim kemarau panjang yang dijangka akan teruk melanda bandaraya sehingga September depan.

Menurut kenyataan Jabatan meteorologi, iklim, dan Geofizik, BMKG, sepanjang musim kemarau yang bermula sejak Mei dan Jun lalu, sesetengah kawasan mengalami masalah air yang teruk.

Bagi mengatasi masalah itu, ketua bahagian analisis data Iklim, BMKG, Adi Ripaldi menjelaskan, pihaknya, akan melakukan yang terbaik bagi mengelakkan situasi menjadi lebih kritikal.

Ketika ini, dua kawasan utara Jakarta merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat kemarau ini.

Dilaporkan dua kawasan ini, Rawa dan Rorotan sudah 30 ke 61 hari tidak mengalami hujan.

BMKG dalam masa sama telah menghantar laporan amaran kepada agensi berkaitan untuk mengambil langkah susulan yang lebih proaktif.

Dalam pada itu, Ripaldi memberi pesanan kepada masyarakat dan penduduk setempat untuk lebih berjimat cermat dalam penggunaan air seharian.