Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Pasukan koir UITM harumkan negara dengan merangkul tiga emas di Torun, Poland

  • Published in Berita Dunia

 

POLAND - Pasukan koir Universiti Teknoligi MARA (Uitm) yang dikenali sebagai Uitm Chamber Choir mengharumkan negara apabila merangkul tiga emas bagi semua kategori dalam Pertandingan dan Festival Koir Antarabangsa Copernicus ke 7 di Torun , Poland, baru baru ini.

Sekaligus menewaskan para peserta dari Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Filipina Indonesia dan Afrika Utara

Tiga kategori yang dimenangi Uitm Chamber Choir ialah kategoti Koir Campuran dan Lagu Rakyat / Budaya.

Ini diikuti kategori Koir Wanita.

Kumpulan Koir tersebut juga menerima dua anuegerah khas iaitu 'Special Audience Prize" dan "Grand Prix of All Volunteers".

Naib Canselor Uitm, Profesor Emeritus Dr Mohd Azrai Kassim berkata... semenjak di tubuhkan pada tahun 2015. Uitm Chamber Choir telah banyak mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa.

Antaranya dalam 4th Bali International Choir Festival pada tahun 2015 dan Musica Eterna Roma International Choir Festival and Competition di Italy pada tahun 2018.

Kejayaan yang dicapai merupakan satu pengiktirafan kepada anak anak Malaysia diperingkat dunia terhadap kualiti bakat dan khazanah seni

Uitm Chamber Choir dianggotai 30 ahli terdiri daripada pelajar diploma sehingga ke ijazah sarjana serta alumni Fakulti Muzik UiTM.