Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Wilayah Kyushu,Jepun berdepan risiko tanah runtuh

  • Published in Berita Dunia

TOKYO - Hujan lebat dijangka berterusan di Wilayah Kyushu, Jepun sepanjang Khamis.

Beberapa bahagian di wilayah itu berkemungkinan mengalami risiko tinggi kejadian tanah runtuh dan banjir.

Pihak berkuasa mungkin mengeluarkan amaran kecemasan jika hujan terus berlaku untuk beberapa jam di kawasan sama.

Agensi Meteorologi berkata awan hujan terus membentuk, dengan musim hujan kini berlaku di wilayah itu dan udara panas dan lembap terus bertiup.

Jatuhan hujan di beberapa bahagian di selatan Kyushu telah mencecah seribu milimeter sejak Jumaat.

Di bebeapa bahagian di Kagoshima dan Miyazaki mengumpul hujan di antara 400 hingga 600 milimiter dalam tempoh tiga hari lepas.

Pihak Jabatan Cuaca telah mengeluarkan amaran tanah runtuh di Kagoshima, Kumamoto dan Miyazaki.

Hujan akan terus berlaku dengan jumlah lebih daripada 80 milimiter sejam di Kyushu.

Hujan juga dijangka berlaku di barat Jepun pada khamis malam dan di timur sepanjang tengahari.