Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

6 maut, 190 cedera puting beliung di China

  • Published in Berita Dunia

SHANGHAI - Kekuatan puting beliung yang melanda wilayah Liaoning, China menyebabkan 6 orang maut dan lebih 190 orang cedera.

Fenomena itu berlaku di bandar Kaiyuan kira-kira pukul 5.15 petang kelmarin.

Puting beliung itu mula membadai pekan Jingouzi dan semakin kuat di taman industri sekitar 15 minit.

Lebih memburukkan lagi apabila ia memusnahkan apartment, bangunan kilang dan pencawang elektrik.

Ketika ini pihak berkuasa tempatan masih lagi mengenal pasti jumlah kerugian.

Keadaan kawasan sekitar selepas kejadian amat dahsyat apabila dapat dilihat semua bangunan musnah sama sekali.

Dianggarkan 30 kilang musnah dan merosakkan pelbagai peralatan.

Bagi kawasna perumahan pula, rata-rata mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia berlaku secar atiba-tiba.

Malah kesemua harta benda mereka tidak dapat diselamatkan.

Pulting beliung itu turut menjejaskan lebih 9,900 orang.

Sementara itu; usaha mencari dan menyelamat-SAR diteruskan hari ini.

Pada masa sama ia lebih terarah kepada kepada usaha menyambung semula bekalan elekterik.

Ia bagi memudahkan SAR dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan.

Selain itu; pihak kerajaan tempatan turut menyediakan pelan kecemasan sebaik sahaja bencana itu berlaku.

Malah setakat ini; terdapat 4 pusat pemindahan sementara di wujudkan dengan menyediakan 2,000 bekalan makanan dan seribu tempat tidur.

Pada masa sama 800 pekerja penyelamat terlibat dengan 200 buah kenderaan bagi memindahkan lebih seribu 600 orang.