Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Punca kebakaran kapal selam di Rusia dikenal pasti

  • Published in Berita Dunia

MOSCOW - Kebakaran kapal selam di Laut Barents pada 1 Julai lalu yang meragut 14 nyawa dikenalpasti berpunca daripada kebakaran pada bateri kenderaan itu.

Menteri pertahanan Rusia, Sergey Shoigu, berkata kapal selam yang menjalankan kajian dasar laut itu kini sudah ditunda ke pengkalan tentera laut di bahagian utara.

Senarai yang terbunuh sudah dikeluarkan. Mereka merupakan pegawai-pegawai kanan tentera Rusia.

Dalam laporannya kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, Shoigu berkata,semua urusan pengkebumian mangsa dan kebajikan anak serta isteri keluarga mangsa akan terus diberi perhatian.

Mangsa juga akan diberi penghormatan negara bagi menghargai jasa mereka.

Selain itu, pihaknya sedang berusaha membaiki kerosakan pada kapal selam tersebut.