Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Kerajaan Hong Kong kecam kekerasan penunjuk perasaan serbu parlimen wilayah

  • Published in Berita Dunia

HONG KONG - Kerajaan Hong Kong dan masyarakat Pentadbiran Khas Wilayah Hong Kong (HKSAR) mengutuk penggunaan kekerasan oleh penunjuk perasaan yang menyerbu ke dalam parlimen wilayah itu.

Kerajaan Hong Kong dalam kenyataan berkata, penunjuk perasaan radikal menyerbu Kompleks Parlimen dengan menggunakan keganasan ekstrem.

Mereka secara serius mengancam keselamatan pasukan polis dan orang awam.

Pada Isnin petang, sejumlah penunjuk perasaan menyerbu masuk bangunan parlimen dan merosakkan dewan serta membuang lambang Hong Kong.

Dalam satu sidang media, Ketua Eksekutif HKSAR, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor berkata dia sangat sedih dan terkejut dengan penggunaan keganasan dan vandalisme

Dia menegaskan bahawa sebarang penggunaan tindakan salah yang dilakukan oleh penunjuk perasaan akan disiasat.

Salah seorang ahli parlimen HKSAR berkata tindakan ganas itu mengejutkan masyarakat Hong Kong.

Bekas presiden Pertubuhan Perdagangan Persekutuan Hong Kong, Lam Shuk-yee berkata sebagai penduduk Hong Kong yang waras, tindakan ganas itu tidak dapat diterima.

Pengerusi Perikatan Demokratik untuk Peningkatan dan Kemajuan Hong Kong, Lee Wai-king juga mengutuk aksi keganasan itu.