Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Krisis Sudan: Majlis Peralihan Tentera, Gerakan Pembebasan setuju teruskan rundingan

  • Published in Berita Dunia

 

KHARTOUM - Majlis Peralihan Tentera, TMC menggesa Ethiopia dan negara perantara Afrika lain agar menyediakan inisiatif bersama ke arah rundingan di bawah naungan Kesatuan Afrika, AU.

Perkara itu dinyatakan jurucakap TMC pada AHAD, seperti dilaporkan agensi berita Xinhua.

Jelas Shams-Eddin Kabashi dalam sidang media di Khartoum, sebelum ini visi bersama itu sudah dipersetujui oleh semua wakil perantara.

Beliau turut menegaskan bahawa TMC akan melihat inisiatif itu secara menyeluruh, bukan hanya kepentingan individu.

Justeru beliau menolak inisiatif rundingan diusahakan Ethiopia kerana ia tidak mengikut apa yang dipersetujui untuk usaha itu dilakukan bersama oleh negara AU.

Sebagai negara berdaulat Sudan tegas Kabashi tidak akan bertindak balas terhadap sebarang tekanan.