Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

65 etnik Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Thailand

  • Published in Berita Dunia

 

 

 

THAILAND - Pihak Berkuasa Thailand mengesahkan, ke semua 65 etnik Rohingya yang terkandas di Pulau Rawi, perairan satun, selatan Thailand pada 11 Jun lalu merupakan mangsa pemerdagangan manusia.

Jurucakap polis berkata mangsa terdiri daripada 31 wanita, 29 lelaki dan lima kanak-kanak telah dipindahkan ke Pusat Perlindungan dan Pembangunan Kraftangan Surat Thani dan Pusat Perlindungan Pemerdagangan Manusia, Songkhla.

Ke semua mereka kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Keamanan Manusia, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Keamanan Manusia, Thailand.

Sebelum ini, polis Thailand menahan enam lelaki iaitu juragan dan kru bot nelayan tersebut.

Media Thailand melaporkan jurugan bot itu, seorang warga Thailand, mendakwa dia dibayar upah 100 ribu Baht oleh seorang warga Myanmar untuk membawa kumpulan itu ke negara ini.