Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Pemilihan Datuk Bandar Istanbul dimenangi calon pembangkang

  • Published in Berita Dunia

 

 

ISTANBUL - Pilihan raya Datuk Bandar Istanbul yang diadakan semula dimenangi calon pembangkang, Ekrem Imamoglu, sekali gus memberi tamparan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Imamoglu memenangi pilihan raya selepas meraih lebih 770 ribu undi atau 54 peratus jumlah keseluruhan, dengan lebih 99 peratus undi sudah dikira.

Imamoglu dalam ucapannya menyuarakan hasrat untuk bertemu segera Presiden Erdogan dalam menyelesaikan semua masalah yang dihadapi kota raya Istanbul.

Mac lalu, Imomoglu menang pilihan raya pertama Mac dengan majoriti tipis, namun kemenangannya dibatalkan atas dakwaan berlaku penipuan.