Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Iran tolak rundingan Amerika Syarikat berikutan ancaman dan sekatan ke atas Tehran

  • Published in Berita Dunia

 

IRAN - Parlimen Iran menolak sebarang tawaran rundingan dengan Amerika Syarikat berikutan ancaman dan sekatan dikenakan kuasa dunia itu ke atas Tehran.

Timbalan Speaker, Massoud Pezeshkian menegaskan, Washington tidak sepatutnya menawarkan rundingan sedangkan pada masa sama, melakukan ancaman ke atas republik Islam itu.

Selain itu, Parlimen Iran berpendapat, negara yang pernah memungkiri perjanjian sebelum ini tidak layak mendapat kepercayaan Iran.

Kenyataan keras itu dikeluarkan selepas insiden terbaharu menyaksikan sistem pertahanan udara Iran menembak jatuh dron yang didakwa milik Amerika Syarikat.

Sistem pertahanan udara dikenali sebagai Khordad Tiga membuktikan keupayaan Iran berdepan ancaman dari semua arah.

Dengan itu, Iran tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan Amerika Syarikat dan musuh lain yang melakukan provokasi ke atasnya.