Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Pekerja perubatan di Hong Kong buat bantahan

  • Published in Berita Dunia

 

 

 

 

HONG KONG - Pekerja perubatan di Hong Kong membuat bantahan meminta pihak polis tidak mendesak mereka bagi mendedahkan maklumat mengenai penunjuk perasaan yang menjalani rawatan di hospital.

Ini kerana, pihak hospital bimbang penunjuk perasaan yang cedera tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital pada masa hadapan.

Kenyataan dikeluarkan selepas polis menahan 5 penunjuk perasaan yang sedang dirawat di hospital.

Penunjuk perasaan terbabit kini didakwa mencetuskan rusuhan dan menyertai perhimpunan haram.

Penahanan itu mencetuskan persoalan adakah pekerja perubatan memberi butiran pesakit kepada pihak berkuasa yang membawa kepada penahanan tersebut.

Serentak itu, kempen "Please Behave" turut dilancarkan bagi membantah tindakan polis itu.

Kempen juga bertujuan mengingatkan pekerja perubatan supaya memegang tata laku profesional ketika merawat pesakit.