Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Kawasan penanaman padi di tengah Vietnam terjejas teruk akibat kemarau

  • Published in Berita Dunia

HANOI - Cuaca panas melampau di bahagian tengah Vietnam dijangka berlarutan sehingga akhir bulan depan.

Kemarau mengakibatkan paras air di kawasan tadahan air dan empangan makin merosot.

Paling teruk terjejas kawasan penanaman padi.

Pesawah tidak dapat mengusahakan tanaman mereka kerana sumber air hampir habis.

Pihak berkuasa kini menggerakkan usaha mencari sumber air baharu untuk tanaman padi dan ia dilakukan sepanjang waktu.

Selain Nghe An daerah lain yang turut terjejas teruk ialah daerah lembah sungai Lam dan daerah pergunungan Cuong, Anh Som dan Tan Tan.

Ketua Stesen Sungai Pompa Rum, Pham The Linh berkata sebahagian besar petak sawah memiliki paras yang sangat rendah.

Buat masa ini, pesawah bergilir-gilir menggunakan bekalan air bagi mengatasi masalah tersebut.

Pusat Hidro-Meteorologi Nasional meramalkan, cuaca panas melampau di bahagian tengah Vietnam berlarutan sehingga penghujung bulan depan.

Kekurangan taburan hujan menyebabkan rezab simpanan air makin kritikal dan mengancam hampir 24 ribu hektar kawasan penanaman padi di negara itu.