Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

3 maut ,28 cedera bangunan terbakar di tengah Paris

  • Published in Berita Dunia

Foto - Twitter/PCParisSeine

PARIS - Tiga orang maut dan 28 lagi cedera parah dalam satu kejadian kebakaran di sebuah bangunan di tengah Paris pada awal pagi Sabtu.

Seorang daripada mangsa yang maut, meninggal dunia ketika terjun dari tingkap bangunan setinggi enam tingkat.

Dua lagi ditemukan mati dalam pangsapuri mereka.

Bangunan itu menempatkan kediaman dan restoran.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 5 pagi waktu tempatan dan mengambil masa selama empat jam untuk dipadamkan melibatkan lebih kurang 200 anggota bomba.

Polis masih menyiasat punca kebakaran.