Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

17 maut , puluhan lagi masih hilang bangunan runtuh di Kemboja

  • Published in Berita Dunia

SIHANOUKVILLE - Angka kematian susulan sebuah bangunan tujuh tingkat yang masih dalam pembinaan di Selatan Kemboja runtuh meningkat kepada 17 orang dengan puluhan lagi masih mungkin tertimbus.

Bangunan yang terletak di kawasan pelancongan tepi pantai Sihanoukville milik sebuah syarikat China itu runtuh bersama pekerja di dalamnya.

Gabenor wilayah Preah Sihanouk, Yun Min berkata mereka menarik keluar satu mayat dan melihat dua lagi tersekat antara runtuhan dengan 13 lagi cedera.

Jentolak digunakan untuk menggali runtuhan bagi mencari puluhan lagi pekerja yang dibimbangi terperangkap.

Menteri Penerangan, Khieu Kanharith pula memberitahu dalam catatannya di Facebook terdapat lebih 30 orang dalam timbunan runtuhan bangunan tersebut.

Tambahnya, semua yang maut adalah rakyat tempatan termasuk dua pekerja dan seorang penterjemah.

Bangunan itu milik seorang rakyat China yang menyewa tanah daripada rakyat tempatan.

Penduduk tempatan memberitahu, pekerja Kemboja menjadikan bangunan itu sebagai tempat tidur mereka

Runtuhan itu berlaku di kawasan hotel dan pangsapuri sedang dibina.

Polis masih menyiasat punca kejadian itu.