Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Iran sedia bukti kukuh dron AS ceroboh wilayah Selat Hormuz

  • Published in Berita Dunia

UNITED NATION - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa dron milik tentera Amerika Syarikat (AS) di Selatan Hormuz masuk ke wilayah berkenaan namun AS menegaskan dron tersebut berada  di wilayah antarabangsa, kata Utusan tetap Iran ke PBB, Majid Takht-Ravanchi.

Ia susulan kejadian Iran menembak jatuh dron milik pihak tentera Amerika Syarikat di Selat Hormuz.

Majid menambah, Iran telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung PBB dan Presiden Majlis Keselamatan, dengan menyediakan bukti undang-undang yang mencukupi untuk membuktikan pencerobohan dan provokasi AS.

Tambahnya lagi, dron itu ditembak jatuh selepas diberikan amaran dan mengikut Perkara 51 Piagam PBB yang menyatakan hak mempertahankan diri.

Dia juga menyeru komuniti antarabangsa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mencegah tindakan menyalahi undang-undang oleh AS.

Dalam satu khutbah Jumaat di Tehran, seorang imam, Mohammad Javad Haj Ali Akbari menegaskankan Selat Hormuz adalah milik Iran dan tentera Iran akan menjadikan kawasan itu sebagai kubur kepada pihak yang melakukan pencerobohan.

Dia seterusnya mahukan AS untuk meminta maaf kepada Iran kerana menceroboh ruang udara Iran, menekankan bahawa Kementerian Luar Iran dan kerajaan Iran perlu membawa kes itu ke badan antarabangsa.