Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Politik Lubnan: Parlimen Gagal Pilih Presiden

  • Published in Berita Dunia

Lubnan - Pemilihan Presiden Lubnan terus buntu.

 

Buat kali ke-34, Parlimen negara itu gagal melantik pengganti Presiden Michel Suleiman yang menamatkan penggal perkhidmatannya pada Mei 2014.

 

Dalam sesi semalam, hanya 36 anggota parlimen daripada keseluruhan 128 anggota hadir, sekaligus gagal memenuhi syarat korum untuk mengadakan sesi pemilihan.

 

Ekoran kegagalan itu, jurucakap Parlimen mengumumkan tarikh baharu, iaitu pada 8 Februari depan.

 

Pelan perkongsian kuasa dilihat formula terbaik bagi menamatkan kemelut politik Lubnan.

 

Pelan itu akan menyaksikan Suleimen Franjieh, rakan dan sekutu kepada Presiden Syria, Bashar Assad, dipilih sebagai Presiden Lubnan.

 

Manakala, Saad al-Hariri, yang mengetuai blok ahli parlimen Sunnah, sebagai Perdana Menteri.

 

Namun, pemilihan Franjieh bakal mencetuskan bantahan daripada kelompok ahli politik anti Syria.