Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Ahli Fizik Teori Terkenal Britain Meninggal Dunia Pada Usia 76 Tahun

  • Published in Berita Dunia
Foto - Reuters

VATICAN - Ahli fizik teori terkenal Britain, Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Hawking, yang mempunyai fikiran yang sangat bijak, melangkaui masa dan ruang walaupun badannya lumpuh disebabkan penyakit.

Anak-anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim yang bercakap dalam satu kenyataan media berkata, ayah mereka seorang pakar sains yang cemerlang dan lelaki luar biasa.

Kerja-kerja dan legasi beliau akan terus hidup untuk tahun-tahun mendatang.

Ahli fizik teori terkenal yang paling dikenali dalam eranya, Hawking menulis dengan jelas misteri angkasalepas, masa dan lubang hitam, sekaligus menjadikan bukunya "A Brief History of Time," menjadi jualan terbaik dunia, menjadikan beliau salah seorang selebriti sains terbesar sejak Albert Einstein.

Walaupun tubuhnya diserang penyakit "Amyotrophic lateral sclerosis" atau ALS pada usia 21 tahun, beliau mengejutkan doktor kerana dapat hidup dengan penyakit yang boleh membawa maut itu selama lebih 50 tahun.

((RTM / TV))