Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Pekerja Keretapi Bawah Tanah Di Buenos Aires Mogok, 5 Laluan Dijangka Lumpuh

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP


BUENOS AIRES - Para pekerja keretapi bawah tanah di Buenos Aires merancang mengadakan mogok berhubung dakwaan bahawa gerabak dari Sepanyol yang digunakan dalam sistem keretapinya mengandungi asbestos.

Dakwaan utama adalah gerabak terpakai yang dibeli daripada metro Madrid pada 2011 semasa Presiden Mauricio Macri menjadi Datuk Bandar.

Operasi keretapi berkenaan ditarik balik pada bulan lalu sebagai langkah berjaga-jaga sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Mogok itu dijangka melumpuhkan lima laluan keretapi bawah tanah Buenos Aires selama empat jam bermula 11 malam waktu tempatan.

((AFP))