Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Duta Venezuela Mahu PBB Jadi Pemerhati Pantau Pilihanraya Amerika Selatan

  • Published in Berita Dunia
Foto: AFP

CARACAS - Duta Venezuela ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Samuel Moncada akan memohon secara rasmi kepada badan dunia itu untuk menghantar pemerhati bagi memantau pilihanraya negara Amerika Selatan yang dilanda krisis itu.

Menteri Komunikasi, Jorge Rodriguez berkata, Moncada akan disertai calon pembangkang, Henri Falcon pada mesyuarat di New York .

Ia dalam usaha merayu PBB supaya menghantar satu delegasi pada pilihanraya Venezuela yang dijadual, 20 Mei depan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memerlukan mandat tertentu daripada Perhimpunan Agung PBB atau Majlis Keselamatan untuk menghantar pemerhati bagi tujuan tersebut.

((AFP))