Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Jeneral Terbunuh Insiden Berbalas Tembakan Di Nineveh

  • Published in Berita Dunia

BAGHDAD - Seorang jeneral tentera yang ditugaskan menjaga keselamatan menjelang lawatan Perdana Menteri Iraq ke wilayah Nineveh , terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan penentang.

Semasa kejadian, Sherif Ismail dalam perjalanan pulang ke Baghdad selepas meninjau persediaan bagi lawatan Perdana Menteri Haider al-Abadi ke wilayah yang dilanda konflik itu.

Menurut kumpulan pemberontak yang setia kepada pemimpin radikal Moqtada Sadr , pertempuran tercetus dengan penentang dari Saraya al-Salam .

Dalam kejadian itu, jeneral Sherif terbunuh manakala tiga lagi pegawainya, cedera.

Al- Abadi mengarahkan supaya siasatan dibuat dengan segera.

((AFP))