Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Trump Pecat Setiausaha Negara

  • Published in Berita Dunia
Foto - AP

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memecat Setiausaha Negara, Rex Tillerson dan menggantikannya dengan Pengarah CIA, Mike Pompeo.

Tillerson hanya dilantik untuk tugas itu lebih setahun lalu.

Sambil menyatakan terima kasihnya kepada Tillerson atas khidmatnya di Twitter, Trump turut mengumumkan pelantikan Gina Haspel sebagai pengarah wanita pertama CIA.

Sebelum ini terdapat laporan tentang keretakan hubungan antara Trump dan Tillerson.

Ia selepas Trump secara terbuka telah beberapa kali mengenepikan inisiatif diplomatik yang diusahakan Tillerson termasuk kenyataan bekas Setiausaha itu tentang hubungan Rusia dengan White House.

Sementara itu, selepas memecat Tillerson, Trump bertindak memecat Timbalan Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat Steve Goldstein selepas kenyataannya berhubung pemecatan Tillerson bertentangan dengan kenyataan White House.

Terdahulu Goldstein yang merupakan Timbalan Setiausaha Hal Ehwal dan Diplomasi Awam telah memberitahu wartawan bahawa Tillerson tidak menjangka akan dipecat.

Tindakan pemecatan Goldstein juga dikatakan agak mengejut, kerana beliau dijadual memberi taklimat ringkas kepada wartawan dalam masa satu jam selepas pengumuman itu.

((AFP))