Friday, May 25, 2018
vital-top
updated 1:45 PM UTC, May 25, 2018

Pertempuran Dan Tunjuk Perasaan: Bantahan Terhadap Pentadbiran India

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

INDIA - Satu pertempuran antara tentera India dan pemberontak mengakibarkan tiga terbunuh.

Ini mencetuskan lebih banyak bantahan dan pertempuran anti-India di Kashmir.
 
Pertempuran bermula pada waktu sebelum subuh dengan tentera kerajaan menyerbu beberapa rumah di kampung di selatan daerah Anantnag untuk mencari pemberontak yang dikatakan bersembunyi di lokasi berkenaan.

Pertempuran yang tercetus menyebabkan tiga pemberontak terbunuh.

Apabila berita kejadian tersebar, bantahan dan pertempuran terhadap pentadbiran India berlaku di beberapa bahagian di wilayah itu.

Sekolah-sekolah diarah tutup dan perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bahagian di bandar Srinagar.

Kebanyakan kedai dan pejabat di Srinagar dan beberapa bandar lain di Kashmir juga ditutup.

Lebih ramai askar dan polis anti-rusuhan ditempatkan di jalan-jalan raya.

Dua orang yang dikatakan sebagai militan yang terbunuh itu merupakan pelajar kejuruteraan manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti.

Ribuan penduduk menghadiri upacara pengebumian sambil melaungkan slogan-slogan memihak kepada militan dan menuntut pengakhiran pemerintahan India ke atas rantau tersebut.

India dan Pakistan mentadbir bahagian berlainan di Kashmir namun kedua-duanya mendakwa wilayah itu milik mereka keseluruhannya.

Sentimen anti-India begitu mendalam di Kashmir dengan kejadian serangan pemberontak dan bantahan orang awam sering berlaku menentang pentadbiran India.

((RTM / TV))