Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Ketegangan Di Timur Ghouta: Pertempuran Terus Berlaku

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

SYRIA - Ketegangan di Timur Ghouta , Syria.

Letupan, kebakaran bangunan dan pertempuran masih berterusan di bandar berkenaan.

PBB menganggarkan hampir empat ratus ribu orang awam masih hidup dalam kepungan di Timur Ghouta.

Lebih seribu terbunuh sejak serangan besar-besaran dilakukan kerajaan pada 18 Februari lalu.

Dalam satu kemaraan hujung minggu ini, tentera kerajaan Syria telah membahagikan kawasan itu kepada dua bahagian, utara dan selatan.

Mereka kemudian menghalang laluan ke bandar utama Douma dan Harasta, memaksa penduduk terperangkap di dalamnya.

Douma merupakan kawasan penduduk terbesar di Timur Ghouta.

Menakluk semula kawasan itu merupakan kejayaan terbesar Presiden Bashar Assad dalam perang saudara yang telah berlanjutan selama tujuh tahun.

Ia juga menjadi kekalahan paling teruk  kepada pemberontak sejak pihak pembangkang dihalau keluar dari bahagian timur Aleppo pada akhir 2016 berikutan kepungan dan kempen pengeboman serupa.

((RTM / TV))