Saturday, June 23, 2018
vital-top
updated 11:34 AM UTC, Jun 23, 2018

Kuala Lumpur Tuan Rumah Persidangan Antarabangsa Gerakan NGO ,Asean Dan OIC

  • Published in Berita Dunia

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur terpilih menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Gerakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Asean dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 

Tumpuan menjurus kepada  tiga agenda utama iaitu, mewujudkan Tabung Ekonomi Islam Asean, Malaysia sebagai Pusat Pelancongan Islam dan pengenalan logo Produk Ummah.

Dengan tema Memperkukuhkan Misi Kemanusiaan dan Membina Jaringan Program Sosio-Ekonomi, penganjurannya juga bertujuan menyatukan umat islam ASEAN, OIC serta negara-negara Islam seluruh dunia ke arah kesejahteraan serta pembangunan umat Islam sejagat.
   
Pengerusi Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, IKIAM, Datuk Zahidi Zainul Abidin memaklumkan persidangan kali pertama anjuran institut ini bakal mengumpul lebih 500 peserta dari 16 negara.

Satu pasukan sukarelawan islam juga bakal diwujudkan terdiri daripada bekas polis, tentera dan juga belia yang memberi bantuan kepada umat islam khususnya di negara-negara krisis.

Sektor pelancongan serta kewangan berasaskan Islam turut diketengah sebagai agenda perbincangan dalam persidangan.

Selain memperkasakan sektor ekonomi, persidangan itu juga memfokus kepada penyatuan umat islam Asean terutamanya NGO islam sebagai satu gerakan yang lebih besar.

((RTM / TV))