Tuesday, September 18, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Pesawat Terhempas: Sekurang-Kurangnya 50 Maut

  • Published in Berita Dunia
Foto - AFP

NEPAL - Sebuah pesawat yang membawa 71 penumpang dari Bangladesh terhempas ketika cuba mendarat di Kathmandu, Nepal.

Sekurang-kurangnya 50 terbunuh.

Bagaimanapun, angka kematian sebenar masih tidak jelas akibat kekecohan kejadian itu dan mangsa yang parah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Di Kolej Perubatan Kathmandu, hospital yang berhampiran dengan lapangan terbang terdapat 16 mangsa yang terselamat sedang dirawat.

Pesawat US-Bangla, penerbangan  BS211 dari Dhaka ke Kathmandu membawa 67 penumpang dan 4 kru.

Pesawat dua enjin itu pecah kepada beberapa bahagian dengan berpuluh-puluh anggota bomba dan pekerja penyelamat memenuhi kawasan padang berhampiran landasan.

((RTM / TV))