Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Operasi memindahkan migran dari kemudahan sementara Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat di Texas, mula dilaksanakan

  • Published in Berita Dunia

Operasi memindahkan migran dari kemudahan sementara Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat di Texas, mula dilaksanakan.

Beratus-ratus migran diterbangkan ke San Diego untuk ditempatkan di lapan stesen peronda sempadan.

CBP merancang untuk memindahkan ribuan keluarga migran ke lokasi yang jauh dari sempadan Mexico, bagi menangani krisis kemanusiaan di pusat tahanan.


Statistik menunjukkan, jumlah pendatang yang tiba di sempadan Amerika sejak 1 Oktober hampir mencecah 520 ribu orang - tertinggi dalam tempoh sedekad.

Dalam tempoh seminggu lepas, purata 4,500 migran ditahan setiap hari.