Thursday, August 22, 2019
updated 12:32 PM UTC, Aug 22, 2019

Donald Trump umum satu persetujuan untuk menarik balik tarif terhadap import keluli dan aluminum dari Kanada dan Mexico

  • Published in Berita Dunia

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan satu persetujuan untuk menarik balik tarif terhadap import keluli dan aluminum dari Kanada dan Mexico.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis di Washington.

Terdahulu, Kanada mengeluarkan teks perjanjian antara Ottawa dengan Washington bahawa, kedua-dua pihak bersetuju untuk menghapuskan tarif Amerika terhadap keluli dan aluminum dan tindak balas Kanada, dalam tempoh tidak lebih dua hari.

Mexico juga mengesahkan bahawa negara itu telah mencapai perjanjian yang sama dengan Amerika Syarikat