Wednesday, May 22, 2019

updated 8:44 AM UTC, May 22, 2019

Di Venezuela, pasukan keselamatan menghalang penggubal undang-undang daripada blok pembangkang, memasuki bangunan parlimen

  • Published in Berita Dunia

VENEZUELA - Di Venezuela, pasukan keselamatan menghalang penggubal undang-undang daripada blok pembangkang, memasuki bangunan parlimen.

Tindakan itu meningkatkan lagi tekanan terhadap penyokong ketua pembangkang, Juan Guaido - dua minggu selepas cubaan menjatuhkan Presiden Nicolas Maduro menemui kegagalan.

Minggu lalu, timbalan speaker parlimen, Edgar Zambrano ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Agung atas tuduhan khianat, konspirasi dan pemberontakan sivil.Beliau merupakan antara 14 anggota parlimen pembangkang yang berhadapan tuduhan serupa.

Salah seorang daripada mereka, Luis Florido melarikan diri ke Colombia manakala tiga lagi berlindung di kedutaan asing.

((AFP))