Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Gempa bumi 6.3 magnitud landa selatan Jepun

  • Published in Berita Dunia

TOKYO - Gempa bumi kekuatan 6.3 magnitud menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Sehingga ini tiada kemalangan jiwa, kecederaan dan juga kerosakan harta benda tidak dilaporkan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Difahamkan, gegaran berlaku pada kira-kira jam 8.48 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki pada kedalaman 20 kilometer, kata agensi berkenaan.